Thursday, October 18, 2012

New Family Members


WELCOME!! Selamat datang puteri yang ummi kasihi. Alhamdulillah Wan Asma' Sofiyyah telah lahir ke dunia pd tanggal 26 Julai 2012 yang lalu bersamaan 6 Ramadhan. Gambar ni pakteh snap pd hari raya. masa ni Asma' baru 26 hari.

Nama Wan Asma' Sofiyyah diambil sempena nama isteri nabi dan juga seorang pejuang islam Asma' Abu Bakar..Semoga anak ummi menjadi mujahidah Islam. Minggu depan ummi dah start masuk kerja. Satu perkara yang memeningkan kepala ummi ni adalah Asma' xmau isap susu dlm botol..sblm dah elok2 minum tetiba stop xnak minum pulak. haishh..Dah bermacam2 cara umi buat tukar botol la , puting la, sapu madu, jampi semua xjalan. Tolonglah adik umi dah habis ikhtiar ni. Esok pulak ummi nk kena pi pejabat sekejap. Nak selesaikan SKT.

Siang mlm ummi berdoa supaya Allah buka selera adik untuk isap botol. Semoga Allah makbulkan hajat ummi. Amin. Ummi sayang kakak dan adik

Friday, October 12, 2012

Cuti bersalin

Alhamdulillah semuanya telah selamat..hampir setahun aku xupdate blog ni.entah apa yg di"bz" kan pun aku tak pasti. Sekarang masih dlm mood meternity leave..3bln. Rasa sgt berbaloi2. Nikmat yg tiada tanding nya bila dpt meluangkan masaa yg agak lama bersama anak2. Ok sekarang kena sebut anak-anak tau. Hehe maklumlah anak i dah 2 yea. Nnt next post aku akan kisahkan ttg kelahiran anak ke dua ni k. 

Hmm sepanjang cuti ni mmg xde buat apa. Sepenuhnya menjadi suri rumah. Best sgt2!! Ade jugak bincang dgn husband utk ambil cuti tanpa gaji sbb rasa sgt selesa berada di rumah, mengasuh dan mendidik anak2 dgn air tgn sendiri. Tp.....pnjg tapi nye kan. Nak kena kumpul duit sbb awal tahun ni k beli kereta baru..rumah baru  pun dah nk siap. Mana nak cari duit utk renovation rumah lagi kan. So terpaksalah masuk kerja lps raya haji ni on 29 Oktober. Ah malasnyaaaaaa..... Kalaulah ada kompeni sendiri kan bagus. InsyaAllah dlm perancangan. Doakanlah yea. 

Hmm ptg ni nak ke tesco extra sungai petani. Nak grab legacy dinner set dari vantage.. Cantik set ni. Berkenan btol aku. Ni ha gambar die..

36pcs legacy dinner set




 Disamping tu aku kini sedang berjinak-jinak utk buat bisness MLM 4Life. Nanti kemunculan entry ini yea. Amat bagus untuk kesihatan.

Thursday, June 23, 2011

Bila marah menguasai DIRI

Marah di dalam hati, marahlah semahunya. Kadangkala tidak mampu diungkapkan dengan kata. Bukan mudah untuk meluahkan rasa hati ini kerana terlalu ingin menjaga hati insan tercinta. Mungkin sudah terbiasa memendam perasaan. Aku lebih rela memendamkannya jauh ke dalam tasik hati daripada menimbulkan pertelingkahan dengan dia yang ku sayang.

Dalam menghentikan rasa amarah ini, aku terfikir sejenak, tidakkah perbuatan memendam rasa ini akan menjadi dendam di lain masa nanti? Aku tidak boleh marah? Apakah maksudnya marah itu? Aku keliru sendiri. Mengapa harus ada perasaan marah itu? Alangkah bahagianya jika tiada perasaan marah. Tapi keliru semula. Apakah lengkap diri kita tanpa ada perasaan marah? Adakah dunia ini akan jadi aman tanpa perasaan marah? Aku pun tertanya sendiri.


Bila diamati semula, punca pertelingkahan ini atas sebab yang agak remeh-temeh. Tapi entah bagaimana seperti ditiupkan lagi api kemarahan ini apabila kita saling ego dan tidak mahu mengalah dengan menuding jari tentang siapa salah. Pokok pangkalnya, cuma yang aku mahu adalah "bahagia", gembira sentiasa, merasa aman dan tenteram selalu. Tapi ada waktunya, perasaan insan lemah dan tidak berdaya sepertiku ini akan sentiasa berubah-ubah.Wahai insan yang sangat ku sayang dan ku cinta, maafkanlah jika aku selalu mengguris perasaan dan hatimu.


Setelah agak lama aku mendiamkan diri, akhirnya aku mendapat kesimpulannya. Dalam hidup berumah tangga, setiap pasangan harus bijak mengendalikannya. Kita harus bijak mengawal emosi marah, biarkan akal menjadi juri. Marah yang tidak terkawal bisa membinasakan diri sendiri dan membawa kepada kehancuran istana cinta yang dibina. Itulah akibatnya jika kita tidak mendahulukan sifat sabar tetapi melebihkan sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhinya. Kita tidak akan rugi jika menahan rasa marah kerana Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang yang sabar

Bingkisan buat suami ku

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin...

Wednesday, June 1, 2011

pictures


...........hubby ngan A'isya...........



.......nice couple abah & anak.........



............A'isya yang terlalu kepingin "adik" sekarang ini..........



...........dahaga coz letih berkawad..........



........tembak!!..........




............wif Mr. Farid (Ortho specialist) and hubby ( to be Mr in 4 years)...........


.........winner team..........


............gaya............

Saturday, May 28, 2011

Bowling tournament

selamat pagi semua....

tara...ha hari ni pagi2 lagi aku dah bukak entry baru. sementara a'isya masih tdo kan. kalau tak jangan harap le boleh menekan keyboard ni. sekali ngan keyboard dia angkut. jap lagi nak kena pi airport. amik adik dari sarawak. Alhamdulillah rezeki Allah dia balik terus dan untuk selamanya coz dapat tukar. Balik kampung sendiri lagi kau. kena ngajar sekolah kat Baling jugak kot. pastu terus balik umah mak sbb nya esok mak nak pi umrah..so kena buat macam2 la kan. tolong apa yang patut.


ok last week husband and me ade gi bowling tournament wif Ortho staff HSAH di Park Avenue Sungai Petani Utara. Best tempat dier. Better la dr Centre Square tuh. Kalau korang nak main datang jelah kat sini yea. Kalau kat CS tuh dah le bz dengan makhluk Allah yang ramai...waduh buat sakit jiwa je kalau gi sana.
gambar esok baru upload yea sbb camera tertinggal kat rumah mak. sorry arr. ok chow dulu.

layannnn da pictures k

Friday, May 27, 2011

abg on call lagi

Hari segala hari..Hari Jumaat. Selalunya hari jumaat aku akan blk rumah time rehat. Iyelah kan time rehat hari jumaat nih panjang sket. 12.15-2.45 ptg. But selalunya after 3pm br aku sampai opis balik.hehehe..

tapi hari ni rasa malas bangat nak lari balik rumah. Husband kerje. Balik pun xde saper. Malam ni tdo sorang lagilah gamaknya. Minggu ni baru 2 malam abg tdur sekatil denganku. Asyik tdur di hospital je. Kesian kan kat hubby aku nih..Ha, buat adikku Syuhaimi, nanti kau tahu la nasib jadi doktor ni camna. Buat Nusaibah @ bakal adik ipar kena la belajar dr sekarang.. Kena ada tahap kesabaran yang menggunung.



.............  My lovely hubby .........

Tapi perempuan ni biasalah.Kadang2 tu meroyan juga..kita tahu hubby sibuk tapi perasaan ni macam dah xleh nak kawal..Time nak ada suami disisi time tue lah dia xada. Bila call pulak selalu kena reject. Alasan ada ngan patient, tgh buat operation, sibuk, huhuhu. Apapun kena tanam sikap percaya pada suami. But sometime takut jugak. Mana taknya ada ke patut ada sorang makhluk Allah ni (pharmacist HSAH) call hubby aku cakap nak "kawan".

Hey, plzz la hubby aku dah kawen tau. Jangan memandai nak goda laki aku. naseb baik hubby sayang aku tahap gaban dan aku semestinya sayaaang sangat kat hubby. Jangan ader sesaper nak ganggu mahligai bahagia kami. Mintak Allah jauhkan segala bencana.

............ pakaian serba biru. bersedia untuk lakukan operation .........

 Abang, I love you sooo much!!
 
your lovely wife,
umi